sajak ni merupakan dedikasi khas buat palestin. semoga sesiapa yang membaca garapan saya ini dapat mendoakan yang terbaik buat saudara-mara kita di palestin. meskipun jauh dipisah lautan dan benua, percayalah bahawa cinta serta kasih sayang itu merentasi sempadan bangsa, agama dan negara. terimalah, wilayah.
WILAYAH
DISINI MASIH ADA BISIK DUKA YANG LAMA
PADA DINDING-DINDING KOTA PURBA
YANG RANAP MENJADI PUING-PUING BATA
DISINI MASIH ADA SUARA TERIAK INSAN
PADA LAMBAIAN-LAMBAIAN SAUJANA POHONAN
YANG KECEWA DENGAN KEHIDUPAN
WAHAI TANAH INDAH
MENGAPA SERINGKALI AKU MENDENGAR TANGISAN
RATAPAN KEPULANGAN HARI-HARI BAHGIA
OLEH AYAH-AYAH YANG DIDERA
DIKURUNG DAN TERSEKSA
OLEH IBU-IBU YANG SENGSARA
DERITA BERPISAH DENGAN CINTANYA
OLEH ANAK-ANAK KECIL YANG TIDAK TAHU APA
MENANTI MENTARI MENYULUH CAHAYA
DIBALIK TEMBOK CIPTAAN MANUSIA HINA
KHABARKAN KEPADA TUHAN
AKU SEDANG BERDUKA MENYAKSIKAN
BUMI TERJAJAH INI SEDANG SAKIT
LAKON LAYARNYA SEMAKIN PERIT
DALAM MENGECAP KEBAHAGIAAN
DALAM MENGENAL ERTI KEBEBASAN
AZA-BAIJAN
UZU-BAI-KISTAN
KHIR-ZIA
PALESTINA
MENJADI BANDAR BERDARAH
DALAM LIPATAN-LIPATAN SEJARAH
WILAYAH-WILAYAH SUCI INI
MEMAPARKAN
KEDUKAAN INSAN-INSAN YANG DERITA DENGAN KEKEJAMAN
KEHANCURAN IMPIAN-IMPIAN INDAH DENGAN PENINDASAN
KEMALAPAN HARAPAN-HARAPAN MERDEKA DENGAN PEMBUNUHAN
MASIHKAH PUNYA WAKTU UNTUK AKU KHABARKAN
KEPADA SEMUA BURUNG-BURUNG SETIA
TENTANG KERASNYA JIWA MANUSIA
YANG SANGGUP MEROBEK CINTA AGUNG TUHAN
YANG SANGGUP MERENGUT KASIH ANTARA 2 INSAN
YANG SANGGUP MANGHAKIS KERINDUAN TEMAN-TEMAN
YANG SAMA-SAMA BERJUANG SEPANJANG PERJALANAN
MASIHKAH AKU PUNYA WAKTU UNTUK AKU KHABARKAN
KEPADA SEMUA ANAK-ANAK KECIL
TENTANG MANISNYA KEHIDUPAN DIBUMI MERDEKA
MELANGKAH CERIA TANPA SEMPADAN
TIADA TEMBOK MEMISAH PANDANGAN
BOLEH BERLAGU DENGAN IRAMA KEBEBASAN
DAN BERSENANDUNG DENGAN RENTAK KERIANGAN
NAMUN,
INGATKAHLAH AKU SAHABAT
SEANDAINYA AKU PUNYA WAKTU
UNTUK AKU KEMBALI KE WILAYAH INI
No comments:
Post a Comment