M Y M E M O R I E S

Picniking Raya Slideshow: Mohd’s trip to Kuala Rompin, Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Rompin slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Sunday 6 November 2011

sayang ZAEEM HANEF sayang

hahaha....walaupu sudah 3 bulan adik saye lahir. namun tetap gak nak post kat blog nih.. nak kongsi perubahan muke die dari dulu start waktu die lahir. comel sangat..hehehe...tak sabaq nak ada anak sendiri..zaeem hanef adalah anak yang ke-8 dlam keluarga. (sebenarnye 9, adik saye ade meninggal sorang waktu die kecik)..al-fatihah...hurm, x pe lah, rezeki tuhan kan. dapt pulak si zaeem nih.. punye la aktif, even 3 bulan die sgt talkative, even i can't understand what he had sai but im so excited with that process...yang tertariknya, die kan diam if kita selawat n baca al-quran dekat gan die..but, kalu kat umah kalu boleh x nak berenggang la gan zaeem nih....ya allah, kurniakanlah keberkatan dan kesihatan pada kami sekeluarga untuk terus beribadah kepadamu..aminnn.
so enjoy his pictures :

dalam umoq sebulan kot...

pipi sejemput jek....suke tidoq siang

baru bangun tidoq, cam japanese gitu..ahhaha

muke tekejut plak...comeynye~~~

umoq 3 bulan...half naked..ekslusif tau..hahah

stakat tu jek gambaq adik saye, zaeem hanef,,,kepada yang ada adik,hargailah adik sendiri
jangan kompiden nak berangkat anak orang
padahal adik belambak
tapi apa salahnye dok..heheh
terpulanglah...anda yang memilih hidup anda.
.....saya sayang zaeem hanef sayang.....

SAJAK : mengusir sangsi


ni la sajak yang akan saye bacakan pada 9 nov nanti.. semoga anda dapat mendoakn yang terbaik untuk saya dan adik saya dayana hj chacho untuk buat yang terbaik bagi mengembangkan minat kami dalam puisi moden ni. doakan kami ya..!!!

KUALA LUMPUR.......RIMTAC

hahahaha....seronok sangat dapt jalan-jalan gi kl. hurm, walaupun dah beratus kali menapak kat kl tuh, but kali ni spesial sket la, nak tau kenape ?? coz dpat g gan budak class yang selama ni selalu saye pinggirkan. jahat kan saye ??? .. rombongan ke kl ni adalah rombongan sambil belajar (ala-ala sek rendah tau), pergi kat banyak tempat lah. antaranya, pidm, takaful ikhlas n hong leong bank...yang bestnye, dapt la bekenalan gan staff yang baik hati dan mempelajari serba sedikit karier yang berkaitan degan  course yang saye amek nih....but, im a bit curious about the staff, most of them are men, only 4 to 5 people jek yang bergelar perempuan..hurmmm, pelik plak rasenye, as a man, im so proud of that..


so hensem kan saye...heheh, puji diri sendiri lak.. ape yang paling best kat sini is, saye semakin rapat dengan classmate saye. ye la hampir 2 tahun saye jarang habiskan masa bersama. saya sangat menghargai mereka-mereka nih. mereka sangat mengambil berat dan saya bersyukur kerana dikurniakan insan yang ikhlas dengan saye....wuwuuwuwu (sedih lak)..mereka-mereka ni adalah abg aizat,abg anas dan abg adli. walaupun saye x dek abang, dowang 3 org ni pon dah cukup membuatkan saya dihargai macam adik mereka.. alhamdulillah, dorang ni muke jek cam pembunuh tapi kiut sebenonye (kompius antara kiut dan comey).. whateverlah yang penting there are really my big brother...hahah..love them all so much....


dalam gambaq ni memang tak dinafikan lagi la, saye paling kiut...hohoho.. trip ni gak membuatkan saye banyak bersabar atas beberapa perkara yang sangat penting

1. pilih lecturer yang sporting
2.jangan buat mulut celupor, nanti ade orang yang sedih
3.make sure tahu selok belok kuala lumpur
4.dompet kene jage, terutama akak-akak yang feeling-feeling chantek kat kl. kang tak pasal-pasal ko merana pulak

nasihat sangat penting untuk semua coz our pengiring adalah mangsa kekejaman kuala lumpoq (wah !! dah macam filem kl menjerit la plak)...hahah..tapi tu la jadinye kalu excited sangat. dok sebook membeli,tup tup tup..dompet kene curik. kesian lak rasenye tapi nak wat cam ne kafarah dari allah. ingat, bersabar tu lebih baik dari marah-marah. boleh hilang tension n live happy..bestnye...gambaq bawah ni happy sangat nih.!!!


lastly, pengalaman yang menarik la. semua selamat sampai. cuma de drama sebabak yang berlaku sewaktu nak balik ke unisza. alah, crite cam misteri-misteri kehilangan cam tu la. ye la kan, hidup penuh drama katenye. kompem kompem la perlu kan..hahah. pape pown, pengalaman g kl gan kengkawan class ni best sebab semue sporting n we enjoy dengan all the schedule (walaupun diubah diakhirnye) but sume happy. sebagai pengubat rindu dalam dunia modeling, kompem-kompem la ade gambaq pencuci mata. apa lagi gambaq saye pose la..hahahah..mesti ade yang menyampah kan..so what!!! suke ati la nak letak ke tak..hahah, tak lah, emang gue minat bener fotograpi, tapi sebage modelnya..heheheh


 takat tu jek kot.....nanti lain saye post agi ekh..byep...~~~ kepada kakak2 saye cam kak zaty,kak lyn n kak sobi..hurrmmm, ti kite pi trip lain sesame ekh..heheheh
dan kepada semua budak RIMTAC thanks coz banyak meninggalkan kenangan dalam diri ini
hah, kowank sangat best..thanks all !!!

Sunday 25 September 2011

ANA PALESTINA

SEBUAH CERPEN YANG DINUKILKAN OLEH SAYA SENDIRI MENGENAI SEORANG REMAJA PALESTIN YANG SANGAT MENCINTAI TANAH AIRNYA. UNTUK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT..TERIMA LAH, ANA PALESTINA..




 ANA PALESTINA
Sesedar dari lelap yang panjang, imran membuka mata dengan sedikit berpinar dan bingung dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Terdengar suara tangisan halus seorang bapa yang erat memeluk tubuh kecil tanpa kepala. Disisi Imran pula, terdengar laungan lemah meminta tolong seorang ibu tua yang kehilangan kedua belah kakinya. Imran bingung lagi. Titis-titis air matanya jatuh dengan sendiri sewaktu melewati puing-puing runtuhan bangunan di Souq Al-Zahra. Imran berasa cemas,namun fikirannya kosong tanpa apa-apa ingatan. Sewaktu itu juga deretan Souq Al-Zahra berkumandang dengan  tangisan-tangisan manusia yang kecewa dengan kehidupan. Imran meneruskan langkah capiknya ke depan untuk mencari saudaranya yang hilang tadi seterusnya  keluar dari sisa runtuhan bangunan itu. Meskipun darah mengalir deras dikakinya, beliau tetap nekad untuk mencari adiknya. Cemas, takut, risau, begitulah perasaan imran yang bercampur baur memikirkan Hasan. Tidak sampai sepuluh langkah, Imran rebah, jiwanya  berkecai lalu bertempik sedih sambil menutup wajah lukanya dihadapan sekujur susuk kecil yang terbaring tanpa daya bersemadi dengan ribuan peluru bersarang dibadannya dan sedikit  senyuman terakhir terukir. Detik itulah fikirannya berfungsi mengingat kembali kejadian yang menimpanya. 


Sewaktu sedang membelek pakaian kanak-kanak, souq al-zahra digegarkan dengan bunyi jet-jet pejuang yahudi dan ledakan peluru-peluru rambang seterusnya pandangan Imran menjadi gelap gelita apabila bangunan kukuh tinggalan penduduk palestin dahulu sedikit-demi sedikit menyembah bumi dan ranap dalam sekelip mata. Pada saat itulah Imran berpisah dengan adiknya hasan. 


“Allah....engkau lihat Hasan ya Allah....!!! Hasan..Hasan..bangun !!! bangun !!! abang ada disini...apa yang terjadi, bangun adik !!..ayuh kita pergi dari sini. Ayuh adikku bangun..bangun Habib Hasan...bangun..”


Gerak laku Imran seperti orang hilang arah dan dia tidak mampu berbicara lagi melihat adik kesayangannya membujur kaku disitu. Orang ramai mententeramkanya dengan bertakbir dan kelihatan juga ada yang curi-curi menangis melihat imran dan hasan kerana turut merasa keperitan yang sama. 


“Bagaimana aku akan berhadapan dengan ibu bapaku jika Hasan begini..bagaimana aku akan menjawab kepada tuhan jika Hasan begini...bagaimana aku boleh berjumpa Muhammad jika aku biarkan Hasan begini...bagaimana jika Hasan tidak menyintai aku apabila melihat jasadnya begini....mengapa ini harus terjadi ? !!! “Dengan sayup-sayup hiba Imran menyoal dirinya sambil mendongak ke langit biru disaksikan oleh burung-burung hitam yang riang beterbangan seperti sudah biasa dengan rencah tanah yang dijajah itu.
 
“Sabarlah wahai pemuda, saudaramu sangat gembira ketika ini kerana berjaya beroleh syurga allah, redhakanlah pemergiannya dengan syukur dan teruskanlah kehidupanmu..,” bisik seorang lelaki tua yang turut mendakap jenazah anak perempuannya yang tidak bernyawa lagi. lalu diletakkan disebelah jenazah hasan. Imran tersedu dan badanya menjadi longlai tidak berupaya menahan gejolak jiwanya yang inginkan waktu berulang semula. 


Hasan dan korban-korban lain dibawa menaiki van buruk milik orang awam yang sudi menghantar jenazah-jenazah tersebut ke hospital untuk dibersihkan dan diuruskan pengebumian mereka secara sempurna. Imran tidak langsung meninggalkan adiknya. Dalam perjalanan, pemandu van tersebut sempat melirik ke bibir imran yang kering membiru terkumat kamit seperti membaca sesuatu. Sesekali menitis juga air mata pemandu tersebut. Mungkin sebak melihat keadaan imran yang derita dengan pemergian buah hati kesayangannya. Suara kecil mencelah dalam lamunan imran, dengan nada sedikit serak seraya berkata 


“ sesungguhnya orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka..”


Pemandu van tersebut mengalunkan bingkisan surah al-baqarah ayat 120 sebagai penguat semangat kepada anak muda seperti Imran. Pesannya supaya Imran terus bersabar dan menjalani hidup seperti biasa. Imran memandang pemandu itu dengan mata yang berkaca sebagai menerima nasihatnya. Imran terus berdiam tanpa kata.



* * *

Empat hari sudah berlalu. Serangan di Souq Al-Zahra seperti sesaat sahaja bagi Imran. Dikamar miliknya ditampal  segenap memori milik Hasan dan mainan-mainan kenit kesukaan Hasan di atas meja, tempat imran mentelaah al-quran. Pedih rasanya bila ditatap potret ceria Hasan ketika giginya mula-mula tumbuh. Putih kulitnya seperti lembaran jubah yang suci. Matanya pula mencerminkan kebahgiaan, tetapi  akhirnya lenyap derenggut dengan peluru kezaliman. Terkadang, Imran berkhayal sambil tersenyum kecil mengenangkan telatah hasan yang sangat lincah. Meskipun berusia 4 tahun,hasan sudah pandai berkata-kata. Berbeza dengan kanak-kanak seusianya. 


Mereka berdua merupakan anak yatim piatu selepas kedua orang tuanya telah menemui ajal ketika mereka sekeluarga diserang hendap sewaktu mengusahakan tanaman buah zaitun di Jalur Gaza. Serangan dilakukan kerana ayah imran merupakan pahlawan islam yang dianggap pengganas oleh Israel kerana telah mengetuai sebuah misi bagi melumpuhkan serangan Rejim Zionis ke atas Palestin. Ayahnya, Briged Syahid Izzuddin Al-Qassam telah melancarkan serangan hebat ke atas tentera Zionis dalam tempoh peperangan selama 22 hari. Seramai 80 orang tentera Zionis terbunuh. Keberanian bapanya teserlah apabila beliau mencabar pihak tentera Zionis bagi meragut nyawanya meskipun bersenjatakan Riffle 90  usang milik rakan beliau. Namun, jika ditimbal semula apa yang telah berlaku, Rejim Zionis jauh lebih keji dan tidak berhati perut. Angka kematian rakyat Palestin dalam perang Gaza ialah lebih dari 1300 orang kebanyakannya terdiri dari kalangan orang awam iaitu kanak-kanak, wanita dan orang tua. Ini menunjukkan peperangan yang berlaku adalah semata-mata atas dasar mahu membunuh orang islam yang diharuskan mengikut akidah Yahudi dalam Kitab Talmud. Perjuanggan menegakkan agama dan bangsa Palestin tidak terhenti disitu. Pihak Briged Tentera Al-Qassam telah berjaya melancarkan sebanyak 989 buah roket, darinya sebanyak 458 buah roket Qassam, 300 roket jenis Grad dan 532 mortar.  Pihak Briged juga berjaya meletupkan 94 buah bom peledak rahsia milik Zionis, sebanyak 100 serangan bom terhadap kereta kebal Zionis termasuk menggunakan roket anti kereta perisai, 63 tembakan sembunyi, 42 serangan hendap, 70 serangan secara berdepan terus dengan tentera Zionis, dan satu operasi syahid yang mengorbankan pak cik Imran iaitu Maulana Khaidir Yusoof.

Dengan kejayaan demi kejayaan. Syahid Izzuddin Al-Qassam menjadi buruan utama pihak Zionis. Meskipun Syahid Izzuddin Al-Qassam tidak bersenjata ketika diserang, beliau tetap bangkit dan turut melawan kerana tidak mahu tunduk kepada manusia keparat seperti yahudi.


Takdir tuhan menentu segalanya. Awan putih berarak mendung menutup lingkup jasad gagah seorang pahlawan islam. Meskipun tiada siapa mendambakan mati dihujung jutaan senapang, Syahid Izzuddin Al-Qassam dan isterinya Fatimah Lailan Masri meredhakan pemergian mereka dengan dakapan terakhir pasangan cinta ini. Kedua-duanya syahid disaksikan imran yang pada ketika itu baru menjangkau usia 12 tahun. Debunga zaitun yang memekar ketika itu menguncup semula sebagai tanda besedih dengan kehilangan tuannya yang selama ini sering benar membaja nikmat tuhan ditanah gersang milik tuhan. Sungai tempat keluarga ini bersantai bertukar merah dengan linangan darah-darah suci insan yang mengalir sepanjang lereng kawasan pertanian itu. Berdukalah rimbun pohonan zaitun dan gugurlah biji-biji tamar kekeringan seolah mengerti citra bumi terjajah.


Kini, imran beseorangan dan seluruh hidupnya ditemani dengan kisah-kisah silam yang meruntun jiwa. Tiada ubat untuk menyembuhkan mimpi-mimpi ngerinya selain dari bersolat dan memanjatkan zikir kepada Allah yang Maha Esa. Imran meneruskan kehidupannya seperti biasa dan berharap semoga jutaan insan yang senasib dengannya terus bersabar. Merdeka padanya adalah sebuah mimpi yang tidak berkesudahan. Walaupun hanya mampu berangan, nikmat kemerdekaan itu tetap ingin digenggam meskipun nyawanya menjadi taruhan. 


Bagi imran, tiada galang ganti pada sebuah pengorbanan jika pengakhirannya adalah kebahagiaan hakiki buat ummat manusia khususnya dibumi bergolak, palestin. Hampir setiap hari dunia memaparkan kesengsaraan anak-anak palestin. Sampai bila mereka harus menunggu pada hari bersejarah kemerdekaan sedangkan mereka adalah pelarian ditanah sendiri. 

               * * *

15 tahun telah berlalu. Imran, semakin tampan dan matang. Gerak lakunya menjadi dambaan perawan-perawan cantik di Marquette University Union, Amerika Syarikat. Walaupun kehadirannya ke negara Uncle Sam itu hanyalah untuk menuntut ilmu dan menjadi sarjana dalam bidang Sejarah dan Ketamadunan. Namun, jauh dilubuk hatinya dia ingin membuka mata masyarakat barat tentang kekejaman yang berlaku ditanah tumpah darahnya, palestin. 


Sepuluh tahun lalu, Imran telah diambil menjadi anak angkat oleh sepasang suami isteri amerika yang beragama islam untuk tinggal bersama mereka di Carlifonia. Walaupun berat meninggalkan dunia sebenar imran, dia pasrah dengan takdir Allah dan berjanji akan berbakti kepada agama,bangsa dan negara tercinta suatu masa kelak. Ibu angkatnya Meriam Holland dan bapa angkatnya Abraham Ali sangat menyayanginya dengan menumpukan sepenuh perhatian dan menatang Imran seperti minyak yang penuh. Hampir setiap keperluan Imran dipenuhi tanpa sebarang rungutan. Malah, imran menurut kejiranan di St. Mondulas merupakan seorang yang soleh kepada kedua ibubapanya serta pintar dalam berbicara. Sikapnya yang peramah membuatkan penduduk setempat selesa dan tidak kekok meskipun kawasan tersebut majoritinya adalah penganut Kristian.  

Di Marquette University Union, Imran merupakan seorang siswa yang aktif dalam persatuan. Lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan agama islam dan nilai kemanusiaan. Tidak hairanlah sewaktu perbentangan untuk penilaian terakhir projek thesisnya, Imran mendapat pujian bertalu-talu atas kajian yang dijalankan mengenai ‘The Complete International Jew’ . kupasan isu-isu semasa yang segar telah menarik ribuan mahasiswa di universiti tersebut untuk mendengar hujah dan hipotesis matang dalam penyampaiannya. Imran telah dikurniakan Anugerah Siswa Berwawasan oleh Rektor Marquette University Union, Prof. Hendry Allison Ford atas kejayaannya menerbitkan satu wacana ilmiah yang amat berguna kepada masyarakat dunia.
 

Pada suatu hari, imran telah mendapat jemputan untuk berdebat tentang isu Israel dan Palestin. Pada benaknya, jika perdebatan itu bertujuan untuk melaga-lagakan manusia, maka ianya harus ditolak. Namun, Imran telah mendapat sokongan daripada pensyarah kesayangannya Sir Edward Mech, pensyarah kuliah Middle Eastern History yang begitu menyanjungi bakat orator Imran dengan alasan bahawa Imran perlu meluahkan segala perasaanya mengenai Palestin supaya masyarakat mengetahui situasi sebenar penderitaan manusia disitu. Malah, pihak penganjur perdebatan itu berjanji bahawa majlis tersebut akan selamat dan tidak akan ada pertelingkahan mahupun rusuhan yang akan berlaku. Demi Palestin, Imran menerima pelawaan tersebut.



* * * Top of Form

David Robinsson, ketua Persatuan Pemuda Yahudi Carlifornia dengan tegas menyanggah kenyataan imran yang difikirkan seperti anak-anak kecil. Hujah imran juga diperlekehkan dengan senyuman sinis oleh David kerana memandang rendah kebolehan imran dalam memahami sejarah palestin serta huraian peristiwa puluhan tahun dahulu tentang isu Israel dan Palestin. 


Dewan utama Marquette menjadi semakin sesak dengan himpunan mahasiswa yang ingin turut serta dalam perdebatan tersebut. Kedua-dua panel merupakan orang yang sangat hebat dalam bidang masing-masing. Tepukan gemuruh sesekali kedengaran apabila setiap hujah-hujah diutarakan oleh satu sama lain. Tiba-tiba, dewan menjadi senyap seketika. Kelihatan sekumpulan wanita mengesat air mata hiba pada kulit mulus mereka kerana turut tersentuh dan menangis dengan bait puisi karangan Imran buat saudara islamnya di medan Palestin. Antara karangan puisi itu adalah :



” Wahai tanah indah

Mengapa seringkali aku mendengar tangisan

Ratapan kepulangan hari-hari bahgia

Oleh ayah-ayah yang didera

Dikurung dan terseksa

Oleh ibu-ibu yang sengsara

Derita berpisah dengan cintanya

Oleh anak-anak kecil yang menangis

Menantikan mentari menyuluh cahaya

Dibalik tembok ciptaan manusia hina

Aku menanti senyumanmu tanah indah

Meskipun bermandi darah merah

kasihanilah

Palestin tanah dijarah..”


David langsung tidak tersentuh malah menuduh imran menggunakan bait puisi itu hanyalah untuk meraih simpati agar penonton menyokongnya. Dengan tenang, imran meneruskan pertanyaan kepada david berkenaan  pencerobohan bangsa Yahudi di Palestin.


Aku ingin bertanya satu soalan kepada engkau: Apakah yang akan kau lakukan jika engkau mendapati rumah kau dicerobohi oleh seseorang yang tidak engkau kenali siapakah gerangannya?”


“Sudah tentu aku akan mengusirnya. Jika penceroboh itu mengancam nyawaku, aku akan meminta bantuan polis,” jawab David.


“Tidakkah engkau terfikir rakyat Palestin juga melakukan perkara yang serupa? Apakah kau berharap mereka akan sekadar berdiam diri bila orang Yahudi merampas tanah air mereka? Apakah kau fikir mereka akan melihat sahaja bila askar-askar rejim Zionis Israel menembak ahli keluarga dan membedil rumah mereka? Kau ingat mereka akan bersorak-sorai gembira bila ada yang membantu Israel memerangi  pejuang-pejuang islam mereka ?”

“Apa yang kau cakapkan ni. Aku tak faham. Kau bercakap tentang dua senario yang sangat berbeza. Aku berhak mempertahankan hak aku sebagai seorang individu. Undang-undang membenarkan aku berbuat begitu. Tetapi lain pula dengan rakyat Palestin. Mereka melakukan keganasan. Mereka menyokong kumpulan pengganas. Pengganas tiada hak di sisi undang-undang, aku harap engkau tahu itu !!,” David masih ingin menegakkan benang yang basah.


“Kau tersilap, David. Setiap rakyat Palestin berhak untuk mempertahankan haknya sebagai seorang manusia. Mereka juga sama seperti engkau dan aku. Tidak salah mereka berjuang untuk mempertahankan maruah, diri dan kedaulatan bangsa mereka.”


“Bagaimana dengan serangan bom berani mati di tempat-tempat awam? Mengapa mereka menafikan hak orang Yahudi untuk hidup dengan aman di atas tanah yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami? Tidakkah mereka tahu sebagai umat pilihan, kami yang berhak untuk menguasai Jerusalem?” soal David bertalu-talu.


“Umat pilihan? Apa hak kamu untuk mengakui bangsa Yahudi ialah umat pilihan sedangkan kamu semua ingkar dengan perintah Allah SWT? Bani Israil menentang nabi-nabi malah ada yang membunuh utusan Allah dan rasul-rasul yang diturunkan oleh Allah. Itu yang engkau katakan ummat pilihan..? Bani Israel tidak mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang terakhir kerana baginda berbangsa Arab dan bukannya berbangsa Yahudi seperti yang nenek moyang kamu ramalkan. Itu pun kau merasa bahawa kamu ummat pilihan..?? “


David kelihatan seperti ingin mencelah, tetapi Imran cepat-cepat memintas, “Nanti dulu, David. Aku belum habis bercakap lagi. Tidakkah engkau pernah terfikir yang intifada dan serangan bom berani mati tidak akan berlaku sekiranya orang Yahudi tidak menceroboh bumi Palestin? Tidakkah engkau merasa bahawa orang yahudilah sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas.”


“Ah! Kamu tidak pernah mengerti niat baik kami. Fikiran kamu cetek. Dangkal. Akal  hamba serupa sahaja dengan akal lembu,” David membentak. Dia masih tidak berpuas hati.


“Bangsa kamu terlalu sombong dan bongkak. Orang Yahudi fikir mereka segolongan manusia yang terunggul. Orang bukan Yahudi kamu samakan dengan haiwan!” nada suara  Imran semakin meninggi.


Muka David merah padam. “Walau apa pun yang kau katakan, aku tetap tidak akan bersetuju. Tahukah engkau, telah begitu lama bangsa Yahudi dihina dan menderita. Kami disembelih dan diseksa. Semuanya kerana kami tidak mempunyai sebuah negara yang boleh mempertahankan kedaulatan bangsa kami.”


“Malang sekali harga yang perlu dibayar untuk menubuhkan negara Israel ialah air mata dan darah rakyat Palestin.” Celah Imran menuntut kepastian.


“Itu semua pengorbanan yang mesti dilakukan untuk merealisasikan cita-cita murni kami. Lagipun, kami percaya darah hamba seperti kamu adalah halal untuk ditumpahkan. Kami hanya ingin mewujudkan utopia di dunia yang diperintah oleh seorang Raja Agung yang berbangsa Yahudi. Penubuhan negara Israel merupakan langkah pertama,” kata David.


“Aku benar-benar tak faham. Kata kamu, bangsa Yahudi ingin mewujudkan dunia yang makmur dan sentosa. Bagaimana kamu akan melakukannya sedangkan kamu sebenarnya hanya membuat kerosakan dan mendatangkan huru-hara di muka bumi ini? Bagaimana boleh timbul kebaikan daripada kebinasaan dan kesengsaraan?” bidas  Imran.


“Kamu tidak akan dapat memahaminya. Tidak tercapai oleh pemikiran seorang hamba seperti kamu. Kami percaya tidak salah jika kami menggunakan cara yang sebegini untuk mencapai matlamat yang baik. Yang penting ialah matlamat itu sendiri. Bukannya cara untuk mencapainya.”


“Jika permulaannya buruk, sudah tentu penghujungnya buruk juga.” Sekali lagi Imran menjawab kenyataan David.


“Persetankan dengan hujah-hujah kamu. Aku sudah penat bertekak dengan hamba seperti kamu ini. Bila tiba masanya nanti, kamu semua akan mengerti dan akan berterima kasih kepada bangsa Yahudi!” tegas David.  


David bangun dan terus meluru ke pintu besar Dewan Utama Marquette diikuti dengan sebilangan pengikut-pengikutnya yang turut merasai tempias marahnya. Sebelum melangkah keluar dari dewan Marquette, david sempat berpaling ke arah pentas merenung kearah imran yang masih duduk. Imran kelihatan sangat tenang walaupun situasi didalam dewan agak tegang.


Dengan jeritan yang memekikkan David bertanya soalan terkahir kepada imran yang jauh berdepa dihadapannya.


“ siapakah engkau sebenarnya ?”


Dengan rasa rendah diri dan tawaduk kepada allah, imran bangun dan berkata.


“Jika suatu hari nanti aku berjumpa dengan kamu, jika suatu masa nanti kamu melihat aku, jika suatu saat nanti engkau mendengar namaku...ingatlahlah engkau pada kata keramatku ini...Ana Palestina..Ana Palestina...Ana Palestina.. !!!”


Sejurus selepas itu, David terus meninggalkan perdebatan tanpa ucapan balas dan terima kasih atas majlis yang dilangsungkan. Penonton bersorak dengan laungan takbir dan syukur kepada Allah atas ketakjupan mereka melihat semangat anak muda yang telah dijajah masa silamnya.


Dalam suasana riang itu, Imran terlihat pada suatu wajah yang selama ini dirinduinya. Senyuman terukir dan jiwa Imran menjadi sejuk seperti direndam didalam air sungai milik keluarganya dahulu . Belum sempat menerpa kearah bayangan itu, tiba-tiba imran dibisikkan dengan suara lembut adiknya Hasan dengan kalimah yang sama.

“Ana Palestina..Ana Palestina..”


Sejurus menjurai-jurai air mata Imran menitis membasahi kumis manisnya. Meskipun hanya bayangan Hasan yang muncul didepan, sudah cukup mengubat kerinduannya untuk saban tahun. Terbayang kembali soalan pertama  yang diajukan kepada Hasan ketika mula-mula boleh bercakap.


“Siapakah kamu” Imran bertanya. Dengan suara kecil manja Hasan membalas “ ana palestina..ana palestina..” akhirnya kenangan itu menjelma semula menjadi coretan dalam lembaran sejarah agung Imran. Hari yang sungguh bahagia buatnya.


Doa Imran, semoga jiwa-jiwa yang dijajah mampu bangkit dan menegakkan perkara yang haq dan menentang kemungkaran. Meskipun terpaksa mengadai nyawa, perkara tersebut adalah pasti untuk mengecap syahid  dan menuju syurga yang dijanjikan oleh Allah kepada hambanya, manusia. Allah telah befirman didalam surah Al-Ahqof ayat 35 yang bermaksud :


Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan jaganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan...”


Pengajaran yang paling beharga untuk kita dibumi merdeka adalah menghargai pengorbanan serta mensyukuri nikmat kemerdekaan. Jangan biarkan sejarah lampau mengheret kita ke era penjajahan semula. Kerana dengan kealpaan dan kesilapan kita, kelaknya akan membinasakan seluruh cucu cicit yang tidak berdosa. Ingatlah, kemerdekaan bukanlah hak kita tetapi pinjaman dari generasi yang akan datang untuk kita jaga, untuk kita pelihara buat selama-lamanya.
Tamat Bottom of Form

SAJAK : wilayah

sajak ni merupakan dedikasi khas buat palestin. semoga sesiapa yang membaca garapan saya ini dapat mendoakan yang terbaik buat saudara-mara kita di palestin. meskipun jauh dipisah lautan dan benua, percayalah bahawa cinta serta kasih sayang itu merentasi sempadan bangsa, agama dan negara. terimalah, wilayah. 


WILAYAH

DISINI MASIH ADA BISIK DUKA YANG LAMA
PADA DINDING-DINDING KOTA PURBA
YANG RANAP MENJADI PUING-PUING BATA

DISINI MASIH ADA SUARA TERIAK INSAN
PADA LAMBAIAN-LAMBAIAN SAUJANA POHONAN
YANG KECEWA DENGAN KEHIDUPAN

WAHAI TANAH INDAH
MENGAPA SERINGKALI AKU MENDENGAR TANGISAN
RATAPAN KEPULANGAN HARI-HARI BAHGIA
OLEH AYAH-AYAH YANG DIDERA
DIKURUNG DAN TERSEKSA
OLEH IBU-IBU YANG SENGSARA
DERITA BERPISAH DENGAN CINTANYA
OLEH ANAK-ANAK KECIL YANG TIDAK TAHU APA
MENANTI MENTARI MENYULUH CAHAYA
DIBALIK TEMBOK CIPTAAN MANUSIA HINA

KHABARKAN KEPADA TUHAN
AKU SEDANG BERDUKA MENYAKSIKAN

BUMI TERJAJAH INI SEDANG SAKIT
LAKON LAYARNYA SEMAKIN PERIT
DALAM MENGECAP KEBAHAGIAAN
DALAM MENGENAL ERTI KEBEBASAN

AZA-BAIJAN
UZU-BAI-KISTAN
KHIR-ZIA
PALESTINA
MENJADI BANDAR BERDARAH
DALAM LIPATAN-LIPATAN SEJARAH

WILAYAH-WILAYAH SUCI INI
MEMAPARKAN
KEDUKAAN INSAN-INSAN YANG DERITA DENGAN KEKEJAMAN
KEHANCURAN IMPIAN-IMPIAN INDAH DENGAN PENINDASAN
KEMALAPAN HARAPAN-HARAPAN MERDEKA DENGAN PEMBUNUHAN

MASIHKAH PUNYA WAKTU UNTUK AKU KHABARKAN
KEPADA SEMUA BURUNG-BURUNG SETIA
TENTANG KERASNYA JIWA MANUSIA
YANG SANGGUP MEROBEK CINTA AGUNG TUHAN
YANG SANGGUP MERENGUT KASIH ANTARA 2 INSAN
YANG SANGGUP MANGHAKIS KERINDUAN  TEMAN-TEMAN
YANG SAMA-SAMA BERJUANG SEPANJANG PERJALANAN

MASIHKAH AKU PUNYA WAKTU UNTUK AKU KHABARKAN
KEPADA SEMUA ANAK-ANAK KECIL
TENTANG MANISNYA KEHIDUPAN DIBUMI MERDEKA
MELANGKAH CERIA TANPA SEMPADAN
TIADA TEMBOK MEMISAH PANDANGAN
BOLEH BERLAGU DENGAN IRAMA KEBEBASAN
DAN BERSENANDUNG DENGAN RENTAK KERIANGAN

NAMUN,
INGATKAHLAH AKU SAHABAT
SEANDAINYA AKU PUNYA WAKTU
UNTUK AKU KEMBALI KE WILAYAH INI






Thursday 8 September 2011

10 KUNCI KEPADA PERSAHABATAN YANG BAIK

Kawan-kawan, kehidupan adalah suatu anugerah. Allah menciptakan kita supaya kita saling mengenali antara satu sama lain serta bersyukur kerana setiap daripada manusia adalah berbeza. meskipun berlainan bangsa,agama,warna kulit, artis kegemaran ataupun politik, manusia akan tetap menjalani kehidupan dengan mereka yang tersayang. post kali ni, saye nak bagi tips sikit tentang bagaimana mahukan perhubungan yang kekal dan baik.

1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti
anda supaya anda mempunyai persamaan,
tetapi tidak lah mengetepikan orang lain.
 kita perlu bersifat terbuka.
 
saye suke begambaq gan abg faiz
2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu
 berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka
diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,
 orang lain akan menghormati anda juga.
 
with kak shiela in solo,indonesia
 
3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna,
 setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan pelik,
 dan menerima kelemahan antara satu sama lain
 adalah kunci persahabatan yang baik.
 
pertandingan pantun bersama kawan-kawan
 
4. Hargai pendapat satu sama lain.
 
berkongsi kejuaraan dengan adik afifah
 
5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun 
tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain 
dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
 minat-minat yang lain juga.
 
arep & naim, miss u guys
6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh
membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang
menjejaskan persahabatan anda, 
jangan risau untuk menyuarakannya.
 
adik dayana macam puteri hang li po
 
7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)
menjejaskan persahabatan anda.  
Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan
 kepada mereka,tetapi jangan hanya mempergunakan mereka 
untuk melepaskan perasaan.
 sebagai balasan anda sepatutnya bersedia 
untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
 
topex, darling n kak he..2 lagi sape tah
 
8. Belajar daripada satu sama lain.
 
abg zoul (best ever)
9. Jangan mengata di belakang kawan anda.
 
abg abnan & abg syuk is great
 
10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana
apabila menegur mahupun berbicara. 

yun..kawan sejak kecik sampai ke besaq
pada kawan-kawan yang tidak ada dalam gambar
ini bukan beerti anda bukan kawan baik saya
tetapi gambaq anda susah nak cari
hehehehhh

TAKDIR 06/09/2011

1.tanggal 06/09/2011 meninggalkan satu pengalaman yang amat penting dalam diri saya. untuk saya menginsafi diri dan bermuhasabah tentang kehidupan. pagi tadi, saya telah dikhabarkan tentang kematian seorang kawan. meskipun tidak rapat, allahyarham MOHD SAIFUL sering ke kedai untuk membeli minyak motor dan rokok. namun,pada malam tadi allah telah menjemput beliau pulang setelah 19 tahun mengghuni dunia akibat kemalangan jalanraya.walaupun masih sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan pergi, saya sempat melihat senyuman terakhirnya sewaktu melalui tempat kerjanya. dan saya tak sangka itu adalah kali terakhir saya melihatnya. itu takdir.

2.mungkin ramai kawan-kawan tak berapa sedar, kenapa tahun ni saye jarang hantar mesej raya. semua kerana handphone saye rosak n stremix kat umah pulak problem. hampir seminggu gak la nak urus sume hal-hal tu, takdirnya, banyak yang lost contact gan saye. saye sedih tapi nak buat cam ne.. takdir kan.

3.petang ni jugak satu berita kematian lagi dikhabarkan. tambahan kali ini melibatkan keluarga tedekat di rompin. innalillah...satu family sedih but this is fate and as a human being this is normal. i accept that. walaupun saya jarang berjumpa dan rapat dengannya, tetapi beliau sangat rapat dengan ayah dan ibu saya.

4.bukan itu sahaja, ada perkara yang sangat menyedihkan yang menimpa saya. setelah hampir setahun menyimpan azam untuk merebut kembali sesuatu yang amat bermakna dimata kita, akhirnya hancur kerana takdir yang menentukan segala-galanya. usaha dan tenaga untuk membuktikan segala keringat kita bersifat infiniti pada prespektif orang lain. saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang bisa mendengar dan menasihati baik buruk tindakan saya. saya terima kerana ini takdir saya.

5.saya telah delete salah seorang kawan saya dalam fb nih. bukan sebab die jahat atau apa. tapi sebab saya yakin die akan menjadi lebih baik tanpa saya. maafkan saya.

6.saya tak tau kenapa tetiba hari ni banyak mengelamun tentang kawan saya yang akan meninggalkan negara malaysia untuk menyambung pelajarannya. bila fikir, memg sedih tapi nak buat cam na. hidup mesti diteruskan. dan takdir tuhan akan terus menetapkan apa yang telah direncanakan oleh tuhan. semoga dia terus menggapai kejayaan disana. mohon doa untuknya. selmat jalan IRMA SYUKRI BINTI KHODORI.

ni la Cik Irma Syukri


akhirnya, epilog ini bukanlah untuk meraih simpati atau publisiti namun saya berharap anda semua dapat mendoakan saya untuk terus bersabar dan terus menjadi kawan baik saya. ini takdir. anda shabat saya..

SAJAK: mengapa masih engkau lupa

bersama kakak yang baik hati dan yang banyak menolong saya
Assalamualaikum, nak kongsi sikit sajak yang saya reka. sajak ni merupakan johan bagi pertandingan sajak anjuran Sekratariat Anti-Dadah Kebangsaan 2011 yang berlangsung di UTM skudai, Johor. alhamdulillah, peluang untuk mengekspresikan apa pandangan saya terhadap gejala dadah tercapai. semoga kita menjadi masyarakat yang bersih dari dadah. k lah, harap anda terhibur

Mengapa masih engkau lupa

Dalam sedar pernahkah kita berfikir
Tentang erti sebuah kehidupan
Pahit maung cabaran
Liku-liku perjalanan
Masing-masing membawa kita pada tujuan  yang sama
Kendati  berbeza  nama dan rupa

Semua tahu bahaya dadah
Semua tahu derita dadah
Semua tahu sengsara dadah

Soalanku kepada pemuda
Pertanyaanku kepada pemudi tercinta

Mengapa masih engkau lupa
Pada amanah kalian semua
Mengapa masih engkau lupa
Tugasmu pada agama,bangsa dan Negara
Mengapa masih engkau lupa
Tentang padah dadah durjana

Semalam,
Sewaktu hari lahir kalian
Terukir senyuman pada wajah
Ayah bonda kakak  abang saudara  jelata
Kerana lahirnya pewaris bangsa
Yang akan membela nusa dan tanah tercinta
Yang akan menjaga pusaka-pusaka  mereka
Yang akan menceriakan hari-hari mereka

Namun,
Mengapa  masih engkau lupa
Mengapa engkau biarkan  abang kakakmu tersungkur
Kerana dadah durjana
Mengapa engkau biarkan adik sahabatmu terkubur
Kerana candu narkoba
Mengapa engkau biarkan saudaramu hancur
Dilorong jelaga
Mengapa, mengapa, mengapa
Sudahnya binasa…..
Sanggupkah engkau melihat mereka derita
Sanggupkah engkau melihat mereka sengsara
Nyawa ibarat mainan dunia
Sekelip mata berpisah dengan jasadnya

Matamu menjadi saksi derita mereka
Telingamu mendengar rintihan mereka
Wahai Orang muda
Ini tugasmu membantu mereka
Membawa  mereka jauh ke dunia
Yang penuh dengan harapan dan bahagia

Hari ini,
Ingatkah engkau pada pesan ayah
Tentang harga sebuah maruah
Tanggungjawab kita bukan mudah
Menentang dadah pemusnah
Menyembuh  jiwa-jiwa yang parah
Menjaga warisan terindah
Sebagai satu ummah
Dalam rangkai muhibbah

Ayuhlah,
Kita tiup pawana semangat
Agar  kita menjadi kuat
Dalam satu masyarakat
Dengan misi dan  tekad
Mengempur dadah yang melarat
Supaya luka bias diubat
Untuk sepanjang hayat

Esoknya,
Akan bergema jutaan pesanan
Kepada pemimpin harapan
Supaya terus berpesan
Jangan biarkan nikmat kehidupan
Dihembus  serbuk khayalan
Dicucuk jarum kelalaian
Ditelan  kapsul  kehancuran 
Sepanjang hayat diurung kematian

Ingatlah orang muda,
Tugasmu bukan mudah
Merubah Negara kesuatu arah
Agar impian bersinar cerah
Dalam simpulan tautan ukhuwah
Supaya anak bangsa selamat
Dari diintai anasir-anasir jahat…..
Ingatlah pesan ini
Jaganlah engkau lupa
Janganlah engkau lupa
Janganlah engkau lupa